Rabu, 8 Jun 2016

Bantuan Khas Kewangan Untuk Penjawat Awam Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2016

Hari raya puasa tahun 2016 ini  jatuh pada tarikh 6 & 7 Julai 2016.  Semua penjawat awam kena berbelanja dengan berhemat kerana gaji bulan Jun dijadualkan pada 23 Jun 2016. Baru dapat info, PM akan beri kepada semua penjawat awam sebanyak RM500.00.  Walaupun  tidak seberapa, tetapi dapat juga membantu untuk persiapan hari raya.





KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 
Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. "Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion. "
Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri. Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion. - BERNAMA




Aku mula mencari pekeliling kerajaan untuk mendapatkan kelulusan secara pentadbiran  terlebih dahulu bagi urusan pembayaran bantuan khas kewangan kepada staf dan seterusnya  di bawa ke Mesyuarat Lembaga Pengelola.  Sehingga jam 1.23 petang, pekeliling tersebut belum dimuat naik oleh pihak JPA.

Alhamdulillah pagi 10/6/2016,  aku dapat mengeluarkan pekeliling bantuan khas kewangan tahun 2016 untuk urusan tugasku selanjutnya.  Sesiapa yang masih belum dapat lagi boleh klik di Bantuan Khas Kewangan Tahun 2016 Sempena Hari Raya Aidil Fitri untuk Penjawat Awam.